Landscape -Bonsai sesuai di laman sempit



Kreativiti bukan sekadar bantutkan pokok, juga sebagai dekorasi

TIDAK semua orang mampu menghayati keindahan dan keunikan tanaman bonsai. Namun, apabila hati sudah terpaut, bonsai sering dijadikan pilihan utama menghias kediaman sama ada luar atau dalam.

Bonsai, sejenis tumbuhan dalam pasu yang sengaja dikatikkan untuk memaparkan keindahan seni gubahan daun, susunan ranting serta nilai keunikan batang dan akarnya.

Dalam bahasa Jepun, bonsai bermaksud 'tanaman dalam pasu'. Pokok yang dibonsaikan umumnya pohon berkayu (misalnya pohon beringin) atau pohon bunga, tidak ketinggalan pokok buah-buahan.


BONSAI bukan semata-mata pokok, tetapi
suatu pemandangan kehidupan.

Pakar bonsai Britain, Peter D Adams, berkata bonsai turut menjadi kegilaan masyarakat Jepun sekitar 1,000 tahun lalu dengan menceduk idea seni halus tumbuhan dari China dengan pengubahsuaian dekorasi dan penghasilan lebih bernilai.

Bonsai kali pertama diperkenalkan di China kira-kira 1,000 tahun lalu, namun dilanjutkan penanaman oleh masyarakat Jepun. Penanaman bonsai paling banyak di Jepun, tetapi kini semakin digemari di negara kita.

Kesan artistik daripada bonsai dilihat daripada keseimbangan dalam ukuran batang, daun, ranting bunga, selain bentuk pasu yang digunakan. Pasu yang dipakai haruslah yang mendukung suasana pohon yang ditanam dan lazimnya berbentuk kawah dengan permukaannya lebih besar.

Pemilik Sanfong Bonsai & Art Garden, Fanny Lim, berkata nama bonsai begitu sinonim dengan Jepun dan umumnya mengetahui seni `membantut' pokok itu warisan negara matahari terbit berkenaan sejak berabad lalu dan kini muncul menjadi penghias laman dan taman di seluruh dunia.

Beliau berkata, ada beberapa ukuran bonsai yang digunakan iaitu miniatur, kecil dan sederhana. Miniatur biasanya berukuran tinggi sekitar lima sentimeter (sm) dan cantik ketika berusia tiga hingga lima tahun.

"Bonsai kecil biasanya mempunyai tinggi lima hingga 15 sm dan memerlukan persiapan sekitar lima hingga 10 tahun. Bonsai ukuran sederhana mempunyai ketinggian antara 15 hingga 30 sm, dan bonsai agak besar mempunyai tinggi 60 sm dengan waktu persiapan lebih singkat.


BONSAI perlu diikat dengan dawai
bagi membentuk dahan.

"Ada pelbagai gaya bonsai, tetapi hanya 10 pokok saja dikenal pasti memberi nilai seni yang tinggi iaitu pokok beech, Chinese Elm, Chinese Juniper, Crab Apple, Firethon, Japanese Black, Pine, Japanese Larch, Japanese Maple, Japanese White Pine dan Trident Maple," katanya.

Beliau berkata, untuk iklim negara ini, anak benih yang sesuai ditanam adalah daripada spesies ara Taiwan atau dikenali sebagai `ficus microcarpa', jejawi (ficus benjamina) dan kemuning (muraya exotica).

"Pokok ini tahan cantasan. Memiliki tekstur sederhana halus dan padat dengan daunnya hijau berkilat memang senang digubah. Pokok yang selama ini terbiar bersama spesies lain daripada keluarga sama iaitu marraya koenigii atau lebih dikenali pokok daun kari semakin bernilai harganya," katanya.

Beliau berkata, bonsai turut menjalani perubahan dan bukan sekadar hanya ditanam satu pokok semata-mata, tetapi ia turut berubah dengan peredaran zaman dan ditambah dengan kreativiti individu menjadikan ia pilihan kebanyakan pemilik kediaman yang mempunyai laman terhad.

Dikenali sebagai mambonsai, ia satu kreativiti yang bukan sekadar membantutkan pokok, tetapi menjadikan seni hias pokoknya sebagai dekorasi figura, sekali gus memberikan dimensi abstrak kepada bonsai.

“Bonsai jenis ini sesuai bagi kediaman tidak mempunyai laman luas dan pemiliknya tidak gemar tumbuhan terlalu besar menutup pemandangan apabila bersantai di laman. Ia boleh dikatakan baru dalam seni taman.

“Era moden bonsai sebenarnya bermula 20 tahun dulu di sebuah parit di luar rumah seorang ahli muzik mambo Jepun terkenal, Paradise Yamamoto. Pada suatu hari Yamamoto tertarik apabila melihat lumut tumbuh di parit rumahnya dan sejak itu, dia menanam lumut di dalam bekas kecil.

"Apabila meletakkan kereta api miniatur di atas lumut itu, dia menyedari sesuatu. Dia tidak lagi berdepan dengan pasu, tetapi landskap besar Pulau Hokkaido. Idea yang datang kepada dirinya ialah melihat bonsai tidak sebagai pokok semata-mata, tetapi suatu pemandangan kehidupan," katanya.

Beliau berkata, bonsai yang dimiliki Yamamoto, termasuk yang menampilkan gaya istimewa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il, siri tumbuhan asing merayap dari bawah dahan bonsai dan pelbagai lagi yang melambangkan kehidupan.

Katanya, pelbagai jenis dan ditempah oleh pelanggan mengikut cita rasa masing-masing kerana taman bonsai ini mudah dan mengambil masa singkat untuk disiapkan. Material pula kebanyakan diimport dari China kerana lebih berkualiti.

“Harga sebuah mambosai bergantung kepada pokok dan pasu yang digunakan. Semakin lama jangka hayat pokok, semakin mahal harganya. Pemilik kediaman boleh mendapatkannya dari harga serendah RM50,” katanya.

INFO

  • Anda perlu mengenal pasti jenis pokok yang hendak dikatikkan. Penggunaan sudip, pemangkas, gergaji, guni kain diperlukan sesuai struktur tanah di kawasan pokok.

  • Tanaman atau pohon dikerdilkan dengan memotong akar dan rantingnya. Pohon dibentuk dengan bantuan kawat pada ranting dan tunasnya.

  • Penggunaan 70 peratus tanah campuran pasir kerikil dan 30 peratus bahan organik, termasuk reputan daun perlu kepada pokok yang baru diambil.

  • Penggunaan baja kimia yang dipasarkan tidak digunakan langsung kerana pokok ini lebih sesuai dibajai secara konvensional iaitu menggunakan kompos atau organik.

  • Keindahan pokok lebih menampilkan nilai seni apabila ditanam di ruangan sempit serpihan kayu cengal atau batang kayu yang terbuang.

    Ciri pokok yang sesuai dibonsaikan

  • Tahan lama dan mempunyai jangka hayat yang panjang.
  • Berdaun kecil kerana sesuai dengan pokoknya yang kecil.
  • Tahan lasak dan sesuai dengan iklim panas dan lembap.
  • Guide-Color Theory in Landscape Design

    Understanding something about color theory is indispensable to any introduction to landscape design. Meanwhile, for the practical application of color theory, flower photos are immeasurably helpful. I provide both in the present article: on the first two pages, a brief look at color theory, and on Page 3, links to flower photos that will give you ideas for using reds, pinks (a tint of red), yellows, blues, purples, lavenders (a tint of purple) oranges, whites and silvers in your landscape designs.

    Tertiary colors in a simple color wheel.
    Tertiary colors in a simple color wheel.
    David Beaulieu

    Color, along with form, line, texture and scale, is one of the basic elements of landscape design, while proportion, transition and unity are some of the principles that rely on those elements.

    Your choice of colors to be used in the yard should not be considered in isolation. Rather, always keep in mind how color interplays with the other basic elements, with the principles of landscape design, and with the overall objectives of your plan.

    Examples of the Application of Color Theory

    The spectrum of colors is often divided into 4 categories:

    • Primary: reds, yellows and blues.
    • Secondary: greens, violets (purples) and oranges.
    • Tertiary: Blends of the primary and secondary categories.
    • Neutral: White, grays and silvers. Gray is an unusual color for blooms or berries, but you can view an example by clicking on the color wheel picture (above right), which opens a mini-photo gallery.

    The secondary colors can be thought of as an even blending of two primary colors. Thus red and yellow produce orange, yellow and blue produce green, and red and blue yield purple.

    Foliage contrast.
    Don't forget the foliage! A nice contrast between castor bean's purple foliage and lighter foliages.
    David Beaulieu

    The blends known as "tertiary colors" add a further element of complexity to the color wheel. I have numbered them on the illustration to your right. The numbered colors are as follows: 1.yellow-green, 2.blue-green, 3.blue-violet, 4.red-violet, 5.red-orange and 6.orange-yellow.

    Using color theory as your guide, you can match the colors you use in your landscaping so that they "go together." The tertiary colors can serve as transitional colors to this end. For instance, let's say you want a color scheme using reds and violets. If you can find a plant that has a red-violet color, it will help bridge the gulf between your red plants and your violet (purple) plants. The addition of the third plant in such a case makes the difference between a slightly jarring effect (i.e., with just reds and violets) versus a smoother, more harmonious ensemble.

    Bayberry shrubs for winter landscape
    The berries of bayberry shrub provide an unusual color: gray.
    David Beaulieu

    Color can also alter mood and perception, allowing you to:

    • Create a relaxing corner in your yard where you can meditate.
    • Make small spaces seem larger.
    • Attract attention to a particular area.
    • Tie different areas of the yard together.
    Proper use of color can influence mood and perception. For instance, red, yellow and orange are considered "warm colors" and may excite the viewer. Blue, purple and green are considered "cool colors" and are more likely to relax you. Thus for a meditation garden, blue and/or purple flowers would be a logical choice.

    If you're landscaping in a small space, you can alter the viewer's perception by using cool colors instead of others. Blue and the other cool colors can make a small space appear larger. The reverse is also true. With warm colors like red, you may perceive large spaces to be more intimate. The warm colors appear to come forward in the landscape, and seem closer than they are in reality -- thereby scaling down the whole landscape in the process.

    The warm colors are born attention-grabbers, since they bring a mood that does not relax, but rather rouses the viewer.

    If you wish to draw visitors into a space, create a focal point there using red and/or yellow and/or orange.

    Another application of color theory can be seen in the use of color to create either unity or contrast. Landscapers may stay within the warm-colors group or the cool-colors group in order to provide unity, be it within one planting bed or throughout the yard. In the latter case, different parts of the yard are thereby tied together to form a harmonious unit.

    PJM Rhododendron Picture
    PJM Rhododendron
    David Beaulieu

    Alternatively, landscapers may deliberately juxtapose warm colors and cool colors within a planting bed to produce a contrast. An example of a maximum in contrast is yellow and purple. The other pairs that are directly across from each other on the color wheel also afford maximal contrast. Perhaps you've heard such pairs referred to as "complementary colors," which is jargon from color theory. You may well wonder, "If they're complementary, how can they contrast with each other?" But don't be fooled by the terminology: for the purposes of landscape design, what you need to know is that using these pairs provides striking contrast.

    No other plant says "fall" like Chrysant
    No other plant says "fall" like Chrysanthemums.
    David Beaulieu

    Neutrals allow for transition between stronger hues. Neutrals can also be used to soften the effect of loud color schemes or stand on their own in a monochromatic scheme (e.g., all-white gardens).

    Landscape -Pilihan warna beri impak pada taman

    WARNA boleh memberi kesan sama ada lembut atau segar pada taman. Tidak dinafikan elemen ini paling sukar hendak diaplikasikan dalam sesebuah taman.

    WARNA boleh mengubah
    mood dan saiz taman.


    Warna boleh mengubah mood dan saiz taman. Ia memerlukan kombinasi warna lain yang sepadan. Di sini diberikan beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian:

  • Untuk mendapat suasana dramatik, cuba dengan warna gelap. Warna ini mampu memberi impak di bawah cahaya matahari.

  • Putih dikatakan warna versatile bagi semua warna dan sesuai digan-dingkan dengan apa juga warna. Ia memberi suasana lebih serah dan ceria pada taman.

  • Kuning terang memberikan impak kuat berbanding warna lain. Mata akan terus memberi tumpuan kepada warna kuning berbanding warna lain.

  • Warna pudar seperti merah jambu lembut menceriakan sudut taman yang gelap atau ruang taman terlindung.

  • Warna panas seperti merah, oren dan kuning terang menambahkan kehangatan di taman.

  • Bagi yang mengimpikan ketena-ngan, kombinasi warna bumi seperti hijau, bitu dan ungu dengan warna berani mampu merealisasikannya.

  • Jingga tidak begitu sesuai dipadankan dengan merah jambu tetapi tampak menarik digandingkan dengan rona kuning, biru atau ungu.

  • Gunakan pokok yang mempunyai warna daun menarik selain hijau terutama pada musim tidak berbunga.
  • Landscape -Pasu aksesori menarik laman tropika


    Keindahan sesuatu landskap bukan dinilai pada kos tetapi cara penjagaan, susunan setiap elemen


    KOLEKSI pasu tembikar China penyeri
    sudut kediaman.

    PASU bukan sekadar aksesori taman sebaliknya pelengkap keseluruhan laman kediaman. Bersama bentuk serta warna menarik, keunikan pasu mampu menyerlahkan keindahan bunga mahu pun pepohon hijau yang bernaung di dalamnya. Tidak hairan, ramai pemilik rumah gemar menjadikan pasu sebagai koleksi wajib.

    Bagi penerbit drama dan filem, Raja Alawiah Idris, himpunan pasu termasuk tempayan buatan China dijadikan titik tumpuan di beberapa lokasi di laman tropika hasil sentuhannya bersama suami, Mansor Che Mat. Paling disayangi pasu antik China berusia 50 tahun serta sepasang tempayan Indonesia selain pagoda Yogjakarta yang dihasilkan daripada batu gunung berapi.

    Pasangan yang mempunyai tiga cahaya mata ini juga rajin mengalih kedudukan setiap pasu jika dirasakan taman mereka perlu kelainan.

    Sesekali beliau menukar satu bunga ke pasu lain, begitu juga sebaliknya. Walau renyah, perubahan itu membuatkan setiap pohon tampak berbeza daripada sebelumnya.

    “Umpama pakaian, setiap hari kita perlu bertukar ganti. Begitu juga bunga dan pasu. Kami tidak berasakan ia bebanan walaupun tugasan ini agak berat. Saya pula jenis yang gemar bereksperimentasi. Biasanya saya suka mengalih pokok bunga ke dalam pasu lain,” katanya yang memperuntukkan kira-kira sejam setiap pagi membelek pepohon kesayangan sebelum ke pejabat.

    POHON tamar menyerlah
    di dalam tempayan.


    Meninjau hias laman kediaman Pengarah Urusan Bright Network itu, pelbagai jenis spesies flora dibiar melatari laman. Daripada bourganvilla, helifornia, buluh, pink lady, hingga yucca. Istimewanya, pokok bunga yang kebiasaannya merimbun di tanah ditempatkan dalam pasu atau tempayan. Ada antara guri kesayangan pula sengaja dibiar kosong bagi menyemarakkan lagi suasana.

    Pasangan yang menganggap pepohon hijau dan bungaan segar sebagai terapi minda itu sanggup meredah keheningan pagi minggu ke Sungai Buloh demi mencari tanaman baru. Jika insan lain berpusu-pusu ke pusat beli-belah atau taman rekreasi, mereka lebih puas mencurah keringat membersihkan persekitaran kediaman.

    Disebabkan minat mendalam terhadap flora, Raja Alawiah yang membahasakan dirinya Kak Raja tidak mengupah tukang kebun sebaliknya segala kerja penyelenggaraan dan mencantas dilakukan sendiri. Ia bukan perkara mudah, selain tanaman dan pokok bonsai, landskap kediaman turut diserikan pancuran serta kolam yang dipenuhi kira-kira 100 koi Jepun.

    Katanya, landskap tidak lengkap tanpa kombinasi elemen flora, fauna, air dan batu. Justeru, tiga tahun lalu berasaskan lakaran sendiri, mereka mengupah kontraktor membina kolam bersekali pancuran di tengah laman yang bersebelahan ruang istirehat keluarga. Ini ditambah air terjun buatan di sudut kediaman.

    “Pujian harus diberikan kepada suami saya yang begitu rajin menghias laman kami. Lebih seronok rasanya melihat hasil kerja sendiri berbanding mengu-pah perunding landskap. Lagi pun, kita boleh berjimat dan menyalurkan peruntuk untuk menambah koleksi tanaman. Apabila pasangan kita mempunyai minat sama, kita dapat berkongsi pendapat dan mereali-sasi-kan laman impian.

    “Contohnya macam ikan koi ini, sama-sama minat jadi walau sesibuk mana kami pastikan ‘mereka’ tidak diabaikan. Kehadiran ikan yang kami pelihara sejak ia kecil ini juga adalah gabungan idea bersama. Pernah satu ketika tujuh ikan kami mati serentak disebabkan air melimpah berikutan hujan, satu keluarga bersedih,” katanya.


    TIDAK lupa 'membelai' ikan koi kesayangan.

    Sebaik duduk di ruang santai keluarga, mata dijamu kehijauan manakala telinga disogok desiran air terjun. Asyik melihat ikan koi berkejaran di kolam yang dibina mengelilingi ruang terbuka itu, pandangan boleh ditumpukan pula ke pinggir kediaman.

    Pada sudut tersorok di tepi rumah pula, tersergam sebuah taman Jepun garapan tuan rumah. Pohon buluh bersama pangkin kayu tampak biasa namun kehadiran arca burung besi menonjolkan imej negara matahari terbit.

    Terdahulu sebelum menjejakkan kaki ke mahligai keluarga bahagia itu, sudah terlihat kawasan luar pagar berhias deretan pohon kemboja Thailand. Warna bungaan mekar yang bersulam putih dan merah jambu saja sudah memancing pandangan, apatah lagi baunya untuk menyambut tetamu.

    Sebaik pagar dibuka, pada bahagian kiri kediaman yang juga berdekatan ruang pakir kenderaan terserlah minat empunya kediaman terhadap tumbuhan harum. Sesuai dengan namanya, Taman Wangi, di situ dihimpunkan bermacam pepohon segar termasuk jasmine dan sirih.

    Seperti kata Kak Raja, keindahan sesuatu landskap bukan dinilai berdasarkan jumlah peruntukan tetapi cara penjagaan serta susunan setiap elemen yang mampu memberi kepuasan kepada pemilik.

    Landscape -Cuba elak pijak rumput


    RUMPUT, kehadirannya adalah asas permulaan sesebuah taman. Hamparan rumput yang kemas mampu membuatkan taman biasa ­kelihatan hebat.

    Sebuah taman yang indah sekali pun pasti kehilangan serinya apabila rumput tidak dijaga. Penggunaan rumput hiasan penting bagi pembentukan ­sesebuah taman.

    Menanam rumput hiasan memerlukan skima penanaman dan penjagaan rapi. Terdapat beberapa jenis rumput di Malaysia antaranya zoysia matrella, philipine grass, zoysia tenuifolia dan pearl grass.

    Cara menanam rumput seperti berikut

  • Sediakan kawasan penanaman dengan menggemburkan dan membersihkan tanah dari bahan tidak diingini seperti serpihan batu, kayu dan sampah menggunakan penggembur tanah atau cangkul.

  • Dapatkan aras tanah yang sama dan rata sebulan sebelum memulakan aktiviti penanaman rumput bagi memastikan pertumbuhannya berlangsung dalam keadaan baik dan rata.

  • Bahagi rumput kepada bahagian lebih kecil dan cuba dapatkan akar yang tidak berserabut.

  • Mulakan kerja menanam dengan jarak 20 sentimeter setiap satu kepingan. Semakin jauh jarak semakin lambat proses penyebaran pertumbuhan rumput.

  • Siram air sebaik kerja penanaman selesai dan teruskan menyiram sekerap yang mungkin bagi bulan pertama.

  • Cuba elak memijak rumput yang baru ditanam dalam tempoh beberapa bulan bagi mengelakkan ia mati.
  • Landscape -Perabot laman hidupkan landskap


    Perabot Pembelian pada harga mahal tidak digalakkan kerana cita rasa pengguna saling berubah


    Saiz perabot perlu disesuaikan dengan keluasan laman.

    REKAAN dalam seni bina landskap menggabungkan beberapa bentuk komposisi yang terdiri daripada konsep rekaan landskap kejur, landskap lembut, pencahayaan dan perabot sebagai hiasan. Ia turut dikenali sebagai perabot laman.

    Rekaan landskap kejur adalah kekal, tidak boleh diubah kedudukannya seperti wakaf dan air terjun buatan, manakala landskap lembut pula daripada jenis tumbuhan digunakan. Elemen ini memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah laman. Selain itu, pencahayaan sama ada cahaya matahari atau penggunaan lampu taman membantu menyerikan laman. Jenis dan saiz perabot laman yang digunakan dikatakan menguatkan lagi karakter dan identiti landskap, serta menjadi satu ciri kepada bentuk serta corak sesebuah laman.

    Wakaf juga
    dikategorikan sebagai
    perabot laman.


    Setiap landskap laman yang ingin dihasilkan perlu mempunyai maksudnya tersendiri supaya ia boleh direalisasikan dengan mudah. Justeru, perabot laman mampu menterjemahkan cita rasa dan mencerminkan identiti serta budaya pemiliknya.

    Arkitek Landskap, Norhaliza Hanifah, berkata, perabot laman disediakan untuk kegunaan di laman atau di taman. Ia melengkapkan sesuatu ruang laman sekali gus menjadikan ruang berkenaan sedia digunakan.

    “Perabot laman yang digunakan terdiri daripada sesuatu alat atau benda boleh dialihkan atau kekal di sesuatu tempat sesuai untuk dijadikan sebagai ruang rehat, riadah ataupun ruang kerja.

    “Dengan adanya perabot laman, ia kelihatan hidup dan indah untuk dihayati pengguna. Perabot berseni ukiran atau reka bentuk unik hasil budaya sesuatu kaum, menjadikannya sesuai dengan karakter konsep laman ,” katanya.

    Beliau berkata, ada pelbagai bentuk dan jenis perabot laman yang boleh dilihat dalam setiap rekaan ruang landskap, bergantung kepada konsep diingini. Pada asasnya, apa saja yang menghiasi laman dipanggil perabot laman.

    Kerusi ringkas boleh
    diletakkan di laman
    sambil menjamu mata
    dengan keindahan taman.


    “Antara yang dipanggil perabot laman ialah tong sampah, wakaf, kerusi, meja, pasu, pagar, pergola dan papan tanda,” katanya.

    Norhaliza berkata, perabot laman boleh direka berdasarkan ilham masing-masing. Kebiasaannya, pemilik yang mahukan kelainan akan menempah perabot laman mengikut cita rasa masing-masing.

    “Pelbagai jenis bahan boleh digunakan untuk dijadikan perabot laman. Ia bergantung kepada pemilik yang mahu mengetengahkan konsep rekaan perabot, dapat disesuaikan mengikut konsep laman.

    “Perabot laman boleh diperbuat daripada kayu, rotan, buluh, besi atau keluli, seramik, gentian kaca mahupun konkrit. Paling penting ia dapat digunakan dengan sepenuhnya dan menarik jika mahu sekadar dijadikan hiasan,” katanya.

    Beliau berkata, perabot laman banyak bergantung kepada konsep dan kemampuan kewangan pemiliknya. Pemilihan perabot yang mudah diperoleh dan diganti sangat digalakkan bagi mengelakkan pembaziran.

    “Kebiasaannya perabot sedia dijual berharga lebih murah dan mempunyai pelbagai pilihan menarik. Pembelian perabot pada harga mahal tidak digalakkan kerana cita rasa pengguna sering berubah mengikut peredaran zaman,” katanya.


    Laman luas sesuai ditanam dengan
    tumbuhan besar dan dibina kolam hiasan.

    Info: Tip memilih perabot laman

  • Bahan untuk perabot laman sebaiknya tahan panas dan hujan kerana kebiasaannya ia diletakkan dalam laman tanpa bumbung .

  • Bahan perabot juga hendaklah yang tidak menyerap haba panas bagi mengelakkan hanya boleh digunakan pada waktu tertentu saja.

  • Ukiran pada perabot hendaklah jenis tekal dan harmoni antara satu sama lain supaya sejuk mata memandang.

  • Saiz dan ukuran serta kuantiti perabot hendaklah bersesuaian dengan saiz keluasan keseluruhan laman yang ada bagi mengelakkan laman kelihatan berserabut dan padat.
  • Landscape -Ciri Melayu hiasi laman lot tengah



    RUANG depan yang menempatkan set perabot untuk
    kemudahan tetamu, terserlah dengan gaya Melayu tradisional.

    Kawasan terhad bukan halangan bina lanskap dengan aksesori tradisional

    KAWASAN terhad bukan bermakna kita tidak boleh menerapkan konsep yang diingini pada laman kediaman kita. Sama ada konsep tropika, Bali, Jepun, mahupun konsep laman Melayu, ia terpulang kepada cita rasa masing-masing.

    Bagi pemilik rumah, Ismail Chik, menduduki rumah teres lot tengah yang tidak mempunyai halaman sisi dan belakang bukan alasan untuk tidak menjadikan konsep laman Melayu satu kenyataan.

    “Sebagaimana adat, pembinaan laman kediaman Melayu sangat tersusun rapi. Susun atur taman Melayu terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu taman hadapan, laman sisi dan laman dapur.

    “Walaupun saya menduduki rumah teres lot tengah yang hanya mempunyai laman depan, itu tidak bermakna saya tidak boleh menerapkan konsep berkenaan pada kediaman ini.


    RUANG tamu menonjol dengan hiasan Melayu tradisional.

    “Saya cuba mereka bentuk sebuah landskap laman Melayu dengan mempamerkan seberapa banyak elemen dan ciri-ciri Melayu yang unik tetapi sesuai pada masa kini. Ini bermaksud tidak terlalu sarat,” katanya.

    Beliau berkata, walaupun kawasan terhad, wakaf sebagai tempat beristirehat turut dibina selain dihiasi aksesori taman seperti lampu, peti surat, beduk, batu giling, bubu ikan dan kapok padi bagi menjadikannya ia lebih hidup.

    “Laman ini saya berikan gelaran ‘Sari Indah Melayu’. Bagi menampakkan kelainan, saya juga membina pintu gerbang diperbuat daripada kayu cengal lama. Bumbungnya daripada kayu berbentuk limas iaitu lambang rumah Melayu Johor dengan hiasan matahari terbit dan tunjuk langit,” katanya.

    Beliau berkata, tiang pagar dihiasi kotak lampu daripada kayu bersilang manakala pagar pula diperbuat daripada kayu cengal melintang. Ia sengaja dibina dengan corak menegak dan mempunyai hujung tajam seperti lembing di zaman dulu.

    “Saya juga menggunakan banyak barang perhiasan lain untuk menghidupkan lagi suasana budaya Melayu seperti tikar mengkuang, tudung saji, kain songket, bakul rotan dan kipas antik,” katanya.

    Ismail berkata, bagi tetamu yang ingin menghirup udara segar, laman depan turut diletakkan perabot beralaskan tikar mengkuang, bunga gantung serta dihiasi bubu supaya mereka berasa damai apabila berkunjung ke kediamannya.

    “Memandangkan kawasan laman saya terhad, saya tidak menanam pokok terlalu besar kerana takut kelihatan serabut dan menyakitkan mata. Mungkin jiwa saya tidak suka kepada persekitaran yang terlalu padat.

    “Elemen air tidak saya abaikan kerana saya percaya ia adalah satu terapi jiwa. Selepas penat, jiwa kita memerlukan ketenangan bagi memastikan kita lebih tenang untuk menjalani hari-hari berikutnya,” katanya.

    Bagi menyesuaikan laman Melayu dengan kediamannya, beliau mengubah pintu dan tingkap seperti rumah Melayu dengan bingkai kayu panjang dan kaca bunga berwarna seperti oren, biru, kuning dan hijau.


    PINTU gerbang diperbuat daripada kayu cengal
    menyerikan lagi konsep Melayu tradisional.

    “Saya turut membawa masuk konsep laman ini dalam reka bentuk dalaman supaya ada kesinambungan antara luar dan dalam. Saya juga sukakan persekitaran terbuka,” katanya.

    Beliau berkata, jika mahu kediaman nampak sempurna, cara menghias laman dan ruang dalam perlu ada kesamaan supaya tidak dikatakan terlalu jauh dari konsep laman Melayu yang sebenar.

    “Kebanyakan lantai dalam kediaman saya dialaskan dengan tikar rotan tegak lilin buatan Malaysia dengan anyaman yang begitu rapi dan kreatif. Tidak dilupakan juga kain songket tenunan Terengganu sebagai hiasan tambahan,” katanya.

    FAKTA
    Laman idaman Ismail


  • Mendapat idea hasil kajian dan pembacaan melalui buku dan internet.
  • Memperuntukkan sebanyak RM60,000 untuk membina laman Melayu termasuk wakaf, pergola dan kolam.
  • Halaman berkeluasan tujuh meter x sembilan meter.
  • Mengambil masa sebulan untuk menyiapkan laman termasuk hiasannya.
  • Mempunyai laman Melayu sejak lima tahun lalu.
  • Semua material laman berasaskan produk tempatan.
  • Pokok yang ditanam termasuk halia, misai kucing, bunga kertas, pinang sirih, keladi, Jejarum dan puding.
  • Wakaf dan pergola diperbuat daripada kayu cengal kerana tahan panas dan hujan.
  • Landscape -Tanaman gantung untuk kawasan terhad balkoni


    KEDIAMAN pasti berseri jika mempunyai laman menarik. Namun, jangan hadkan dengan jenis tanaman sama ada ditanam atas tanah atau dalam pasu saja. Bagi ruang taman yang terhad atau balkoni, praktikkan gubahan tanaman gantung yang pasti dapat menyerikan ruang berkenaan.

    Pastikan kedudukan tanaman ini digantung pada ketinggian melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penyelenggaraan seperti menyiram dan memang-kas dahannya.

    Di sini beberapa panduan bagi membentuk gubahan pokok gantung yang menarik:



  • Letakkan pokok gantung di kawasan yang mendapat cahaya yang cukup seperti serambi, anjung, tingkap dan pergola.
  • Pastikan titisan air daripada pasu gantung itu tidak merosakkan sebarang objek di bawahnya. Gunakan pasu yang mempunyai piring pelapik bagi mengelakkan air melimpah.
  • Pokok gantung yang berukuran besar mudah mengotori kawasan persekitaran akibat daripada daun dan bunga yang berguguran. Oleh itu sentiasa membuang daun yang layu.
  • Untuk tumbuhan gantung, gunakan campuran tanah yang bersesuaian.
  • Pokok gantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Sebaik-baiknya siram dua kali sehari.
  • Pembajaan yang teratur dapat memastikan pokok menerima nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan cepat.
  • Lakukan pemeriksaan terhadap pokok bagi memastikan bebas daripada serangan serangga kerana ia akan merosakkan daun yang lain.
  • Ketinggian pokok gantung perlu disesuaikan dengan ukuran pokok. Jika terlalu tinggi tidak akan menampakkan keindahan pokok itu.
  • Landscape -Lampu hiasi pokok halaman


    Peralatan lama boleh diubah suai bagi menyerikan sambutan Aidilfitri





    PELITA panjut moden diletakkan
    di celah pokok.

    LUSA, umat Islam akan menyambut Aidilfitri dalam suasana ceria dan bergaya. Lazimnya, hari-hari terakhir Ramadan adalah masa paling sibuk sama ada menghias rumah atau menyediakan kuih muih untuk hidangan tetamu.

    Ada yang mencantikkan dan mengubahsuai bahagian dalam dan luar rumah dengan cat baru, menukar perabot, langsir, malah tidak kurang menyusun meja, bekas kuih dan bunga plastik untuk menyerikan kediaman.

    Dalam ghairah menghias rumah, halaman jangan dilupakan kerana ia menjadi laluan tetamu sebelum menuju ke dalam rumah. Apa gunanya hiasan dalaman cantik tetapi, halaman diabaikan.

    PERABOT diletakkan
    di tengah laman
    untuk tetamu bersantai.


    Suasana malam Ramadan pasti ceria dengan hiasan lampu panjut atau lampu neon yang berkelip-kelip di halaman rumah. Bagi yang mempunyai halaman luas terutama di kampung, tiada masalah memasang lampu panjut.

    Bagaimanapun, bagi mereka yang mendiami taman perumahan, keupayaan melakukannya mungkin agak terba-tas kerana ruang yang sangat terhad dan juga faktor keselamatan yang perlu diambil kira.

    Ada yang menggantikan panjut tradisional dengan panjut elektrik yang memberikan cahaya seperti lampu kelip-kelip, kerana seboleh-bolehnya suasana Ramadan di kampung ingin tetap diwujudkan.

    Diperbuat daripada buluh, ia menampilkan imej semula jadi yang sesuai dengan pelbagai jenis tumbuhan sedia ada dan sesuai diletakkan di sudut-sudut tertentu halaman. Sama ada disusun berangkai atau satu persatu ia tetap memberikan sentuhan menarik.

    Pengarah Urusan Enrich Focus Sdn Bhd, Maznah Ariffin, berkata lampu panjut boleh diletakkan di celah pokok dan pelita digantung pada pagar bagi mereka yang mempunyai halaman terhad terutama rumah teres.

    Bagaimanapun, katanya, bagi mereka yang menyalakannya, jangan diletak berhampiran pokok agak tinggi kerana api yang dihasilkan boleh menyebabkan daun terbakar dan merosakkan pokok.

    Malah, seminggu sebelum lebaran adalah masa sesuai untuk menyusun ruang tamu dan halaman rumah supaya sedap mata tetamu memandang.

    “Bagi pemilik kediaman yang mempu-nyai kawasan terhad dan tiada idea menghias halaman, tidak perlu gusar kerana dengan peruntukan kecil ia boleh direalisasikan dengan syarat menggunakan hiasan sedia ada.

    Maznah berkata, dalam soal memberikan suasana Aidilfitri di bahagian luar rumah apa yang diperlukan hanya sedikit kreativiti.

    “Tidak perlu membuat tambahan atau mengeluarkan perbelanjaan yang banyak, memadai menggunakan pokok sedia ada di halaman untuk menaikkan seri suasana, di samping memberikan sedikit tambahan kepada objek hiasan halaman yang sedia ada.




    BATU disusun di tengah laman bagi
    mewujudkan kelainan.

    “Oleh kerana hari raya dikaitkan dengan kad raya, lampu kelip-kelip dan ketupat, peralatan sebegini boleh digunakan untuk menyemarakkan pergola yang lazimnya hanya digantung bunga.

    “Tambah menarik jika lampu itu mempunyai hiasan ketupat kerana ia menyerlahkan lagi sambutan hari raya dan menyemarakkan suasana pada waktu malam,” katanya.

    Jika mempunyai perabot taman yang lama, beliau berkata, ia boleh dicantikkan dengan mengecatnya semula dan diletakkan di halaman bagi tetamu yang inginkan suasana santai sambil menikmati angin malam.

    Maznah berkata, dengan peruntukan kurang RM800, hiasan sebegini bukan saja menaikkan suasana tetapi juga memberikan sedikit warna kepada persekitaran yang banyak dikuasai warna hijau.

    Landscape -Pilih pokok mudah jaga tahan lasak



    SEMAKIN ramai suka menghias rumah dengan pokok hiasan segar. Ini tabiat yang baik kerana aktiviti menanam pokok bukan saja mampu menghilangkan tekanan, malah ia juga dapat menyemai rasa cinta kepada alam sekitar.

    Sebagai permulaan anda boleh membeli pokok hiasan. Jika baru hendak memulakan hobi ini, sebaiknya pilihlah pokok yang mudah dijaga, tahan lasak dan cepat membesar.

    Pastikan pokok yang dibeli sihat iaitu bebas dari sebarang penyakit dengan melihat ciri berikut:

  • Lihat keseluruhan pokok, adakah warnanya sekata dan tampak segar;

  • Pastikan ada banyak tunas baru;

  • Periksa tanah yang ada dalam pasu, adakah ia lembap, kering atau terlalu kering hingga terdapat rekahan kecil. Jika tanah terlalu kering, pilih pasu lain. Tanah terlalu kering tidak dapat memegang air dengan baik walaupun disiram. Siraman tidak dapat mengembalikan komposisi tanah yang asal;

  • Periksa adakah akarnya tertanam sempurna;

  • Tidak perlu membeli pokok hiasan dalam pasu (walaupun memudahkan anda) yang biasanya lebih mahal berbanding pokok dalam polibeg;

  • Pilih saiz pasu sesuai dengan ketinggian pokok dan pindahkan pokok dalam polibeg ke dalam pasu;

  • Caranya, bersihkan pasu, tutup lubang air pada pasu dengan meletakkan ketul batu atau serpihan pasu supaya tanah tidak keluar;

  • Masukkan tanah hingga memenuhi satu per empat daripada ketinggian pasu. Taburkan baja dan gaul dengan tanah ;

  • Kemudian masukkan pokok yang paling tinggi di bahagian tengah. Tanam pokok yang lebih kecil mengelilinginya. Gunakan jari untuk menggemburkan tanah pada bahagian akar;

  • Tambah tanah hingga penuh atau sekurang-kurangnya dua sentimeter dari permukaan pasu. Siram -perlahan-lahan dan biarkan air menyerap hingga ke lapisan bawah;

  • Jangan lupa beli piring alas pasu untuk mengelakkan air daripada membasahi rumah anda. Atau untuk lebih cantik, beli pasu hiasan yang lebih besar dan masukkan pasu asal di dalamnya; dan

  • Jika mahu menggunakan semula pasu lama, pastikan ia dibersihkan dulu. Berus dan kikis semua tanah yang melekat pada pasu. Basuh pasu dengan air sabun hingga bersih dan biarkan ia kering dengan menjemur secara telangkup sebelum digunakan. Ia bertujuan menghalang bakteria, telur serangga perosak daripada berpindah dan menyerang pokok baru.

  • Landscape -Laman kecil rehatkan minda


    Harun Rasheed cipta kelainan bina kolam ikan berbentuk nombor lapan

    KOLAM ikan berbentuk
    angka lapan dibina
    di tengah halaman.


    WALAUPUN menduduki rumah lot tepi, keluasan halaman yang dimiliki tidak sebegitu besar. Namun, gaya yang ditampilkan menjadikan kediaman berkenaan menonjol berbanding rumah lain di kawasan itu.

    Menggunakan tumbuhan tropika sebagai penghias laman, ternyata landskap ringkas kediaman milik Harun Rasheed, di Kajang ini dapat menenangkan hati setiap tetamu berkunjung ke situ.

    “Ketika membeli rumah ini pada 1999, perkara pertama saya pastikan ialah kediaman itu mesti mempunyai halaman. Ini, saya mempunyai hobi menanam pokok tidak kira pokok buah-buahan mahupun pokok bunga.

    “Halaman ini hanya mempunyai keluasan 6.5 meter x 3.1 meter, tetapi saya pastikan setiap ruang digunakan sebaik mungkin dan hiasannya tidak keterlaluan kerana ia hanya menyakitkan mata,” katanya.

    Beliau berkata, tujuan membina landskap walaupun halaman kecil ialah untuk merehatkan minda selepas penat di pejabat dan kerana semangat cintakan alam semula jadi yang diterapkan keluarga sejak kecil terbawa-bawa sehingga kini.

    TUMBUHAN tropika sebagai penghias laman.

    “Kerja saya agak memenatkan. Jadi, setiap kali pulang ke rumah saya pasti akan singgah dulu berehat di laman dan bercakap dengan ikan. Ini secara tidak langsung, masalah kerja ditinggal di luar rumah.

    “Bagi saya, alam semula jadi sangat penting dan ia tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kita. Untuk melengkapkan lagi prinsip rekaan landskap, elemen air diwujudkan kerana dikatakan sebagai terapi minda paling berkesan,” katanya.

    Memandangkan lapan ialah angka bertuah baginya, beliau mengambil keputusan mencipta kelainan dengan membina kolam ikan berbentuk lapan dengan bantuan pakar di tengah halaman.

    “Jika orang lain membina kolam pelbagai bentuk, saya pula membinanya berbentuk angka lapan kerana mempu-nyai makna mendalam dan memberi tuah dalam hidup saya.

    "Pergola yang diletakkan pada kolam itu pula, idea saya sendiri. Saya mengupah beberapa pekerja memasangnya selepas memberitahu corak bagaimana yang diingini, supaya dapat menyerikan lagi kolam ringkas ini,” katanya.

    Bagi memastikan pagar di luar kediamannya tidak kosong, beliau berkata, pokok bunga kertas dan pokok palma serta beberapa pokok tahan lasak dita-nam di situ bagi memastikan ada kesi-nambungan di luar dan dalam rumah.


    LANDSKAP menarik menjadikan
    kediaman lebih menonjol.

    Harun berkata, beliau membina pagar tinggi dan menanam pokok agak besar di kawasan luar supaya dapat melin-dungi rumah daripada pandangan terus oleh orang yang lalu-lalang di situ.

    “Saya mengupah pakar landskap untuk memberi idea dan memilih pokok yang sesuai untuk dijadikan hiasan kerana mereka lebih arif dalam bidang itu, tetapi, jika saya mempunyai idea lain, saya akan beritahu mereka.

    “Bertukar idea dan pandangan de-ngan pakar landskap dapat membuatkan kita lebih memahami cara terbaik menjaga pokok. Jadi, itu akan lebih membantu dan mengurangkan risiko pokok mati,” katanya.


    ELEMEN air diwujudkan sebagai terapi minda.

    Landscape -Laman desa


    Mazlina memilih pokok jenis renek kerana lebih mudah menjaganya, selain deruan air terjun buatan melengkapkan lagi kedamaian

    BERLATARKAN pagar kayu, halaman rumah banglo dua tingkat yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam ini, menyerlahkan suasana desa di tengah kota. Ia menonjolkan pemiliknya sebagai seorang yang gemarkan alam semula jadi.

    PERGOLA dibina pada
    bahagian bumbung mewujudkan
    suasana kedesaan.


    Berkonsepkan mesra tetamu, pastinya sesiapa saja berasa tenang ketika menghirup udara segar dengan deruan air terjun buatan di halaman rumah banglo berkenaan. Pepohon hijau yang tersusun rapi, melengkapkan lagi kedamaian di halaman rumah ini.

    Pemilik rumah, Mazlina Zainal Abidin, berkata sesebuah kediaman tidak lengkap tanpa laman hijau di sekeliling rumah kerana baginya biar sekecil mana keluasan rumah dan laman, yang penting suasana hijau itu perlu ada.

    “Disebabkan itulah sejak berpindah ke sini, tiada lain yang difikirkan kecuali mengilhamkan sebuah laman hijau, sedap mata memandang bukan saja kepada kami seisi keluarga malah untuk tetamu juga.

    “Kehijauan di laman rumah banyak kelebihannya. Ia melambangkan keaslian flora semula jadi, ketenangan serta kedamaian. Konsep kedesaan pula memang menjadi idaman semua ahli keluarga,” katanya.


    Beliau berkata, kebanyakan pokok yang dipilih bagi menghiasi laman berkonsepkan kedesaan ialah jenis renek dan tidak berbunga kerana lebih mudah penjagaannya serta bersesuaian dengan gaya diingini.

    Untuk melengkapkan lagi konsep laman tradisional, pemilik bijak menjadikan beranda di bahagian depan kediaman dengan membina pergola pada binaan bumbungnya sekali gus menonjolkan gaya kedesaan itu.

    Di ruang itu, sudut berkenaan menempatkan set kerusi dan meja kayu yang sesuai untuk aktiviti santai seisi keluarga. Ia menjadikan kediaman ini agak berbeza sedikit dan unik berbanding lain.

    Susun atur keseluruhan landskap tampil ringkas dan teratur dengan tanaman disusun selari pada bahagian tepi laman, membiarkan bahagian tengah kosong, memadai dengan kehadiran batu pemijak merentasi bahagian rumput.

    Kekuatan landskap ini dapat dilihat dengan kehadiran air terjun mini yang diolah rekaannya, mengambil ilham elemen semula jadi. Ia turut dilengkapi binaan papan kayu seperti lantai dek menghubungkan air terjun dengan landskap menghijau.

    Pastinya, suasana desa permai tentu dapat dinikmati tatkala berehat di bahagian tengah yang menempatkan set kerusi dan meja santai. Lebih seronok lagi jika berehat di wakaf yang dibina berhampiran air terjun mini ini.

    “Saya membina wakaf ini untuk istirahat seisi keluarga pada hujung minggu serta menjadi tempat anak-anak merasai suasana kampung dengan melakukan aktiviti luar bersama-sama. Pelbagai aktiviti seperti bermain permainan tradisional seperti congkak, selain membaca buku,” katanya.

    Kesuburan dan kesegaran semua pepohon hijau yang ditanam keluarga itu sedikit pun tidak menyakitkan mata, malah memukau pandangan kerana susun atur begitu kemas dan teliti. Pepohon hijau kecil disusun sebaris, begitu juga dengan pepohon yang sudah dewasa diletakkan selari bagi menampakkan seni taman idea sendiri.

    “Biasanya cuti hujung minggu antara waktu paling sesuai untuk menyelenggarakan laman ini kerana ketika itulah kami seisi keluarga berkumpul. Sebenarnya aktiviti menyiram pokok, mencabut rumput dan membasuh lantai tanpa disedari mengeratkan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang," katanya.

    Landscape -Tip taman berpasu

    MEWUJUDKAN taman berpasu sebagai langkah mudah untuk mendapatkan taman idaman dalam kawasan terhad. Ia mudah ditanam, dijaga dan dialihkan terutama bagi mereka yang cepat berubah cita rasa dan mood.

    Ia seharusnya bermula dengan mengumpul beberapa set dekoratif dan pokok berbunga sebagai langkah awal membina taman berpasu ini.

  • Elak guna pasu yang mempunyai muncung mulut yang sempit kerana akan menyukarkan aktiviti menanam, membaja dan menyiram.

  • Bagi kesan tanaman lebih subur dan cantik, pasu seramik polos adalah antara pilihan bijak dengan dilengkapi beberapa lubang kecil. Pasu plastik menyerap masuk pancaran matahari manakala pasu terracotta (tanah liat) menyebabkan kadar serapan air keluar lebih cepat.

  • Bagi yang sedia ada memiliki sebuah taman atau koleksi pokok pasuan, pasu berwarna sangat menarik.

  • Pokok pasuan bukan saja terhad pada pasu jenis terracotta berbentuk bulat. Jika kreatif, dalam penggunaan barangan kitar semula seperti tab mandi lama juga boleh digunakan menggantikan pasu jenis itu.

  • Perhatikan penggunaan pokok dan pasu yang bersesuaian. Saiz pasu yang kecil akan mengehadkan kadar pertumbuhan dan sebaran akar seterusnya tidak tahan lama. Pokok yang mempunyai akar serabut memerlukan pasu besar dan tinggi.

  • Berhati-hati menggunakan pasu kayu atau rotan kerana cepat reput dan tidak tahan lama. Gunakan kayu kalis air dan tahan cahaya matahari serta tidak perlu kaedah varnis kerana kandungan kimia akan merosakkan pokok.

  • Kelebihan menggunakan pasu kayu ialah boleh dibentuk dalam pelbagai saiz dan bentuk sesuai mengikut lokasi keadaan.

  • Amalkan menggunakan pecahan pasu terracotta atau carikkan helaian surat khabar sebagai asas dasar pasu sebelum memasukkan tanah bagi mengelakkan aliran tanah keluar melalui ce-lah lubang.

  • Bagi pokok yang tahan cahaya matahari, gunakan pasu yang berwarna cerah bagi mengurangkan serapan haba dan pertumbuhan yang berlebihan.

  • Amalkan meletak pokok pasuan di atas kayu atau pelapik batu bagi ruang laluan air dan pertumbuhan akar lebih selesa.
  • Landscape -Taman ringkas suasana harmoni


    DERUAN air terjun buatan sebagai terapi minda.

    Keluasan terhad memerlukan pemilhan pokok tahan lasak, berdaun

    JIKA hendak seribu daya. Walau apa juga kesukaran yang perlu dihadapi, jika sudah minat dan sanggup memberi komitmen terhadap penjagaan taman peribadi, taman diidamkan pasti menjadi lubuk ketenangan.

    Tidak perlu gusar mengenai keluasan kawasan kerana walaupun terhad, ia juga mampu direalisasikan mengikut peruntukan dan selera masing-masing, biarpun hanya sebuah taman ringkas.

    Bagi, Maimunah Hassan, 74, pembinaan taman yang ringkas, jika kena dengan gaya mampu mewujudkan suasana harmoni biarpun dengan keluasan terhad.

    Beliau berkata, paling penting bagaimana taman itu berfungsi untuk menenangkan jiwa.


    TAMAN ringkas tetapi cukup menyenangkan.

    Disebabkan beberapa faktor seperti keluasan tanah terhad dan juga kudrat yang tidak seberapa, beliau hanya membina taman ringkas yang mendamaikan dengan pemilihan pokok tahan lasak serta berdaun saja.

    “Beberapa aspek penting penanaman pokok seperti kadar pencahayaan dan pengudaraan serta sokongan daripada keadaan sekeliling perlu diambil kira, sebelum merealisasikannya,” katanya.

    Maimunah berkata, minat berkebun dan menikmati kehijauan di depan mata, sudah sebati dalam dirinya dan tidak hairanlah jika beliau sanggup melupakan kepenatan dan keuzuran dirinya semata-mata menjaga tamannya.

    “Saya tidak berapa sihat, tetapi jika dalam satu hari langsung tidak menjenguk taman dan membersihkannya, seolah-olah tidak lengkap rutin harian saya ini. Saya mesti membeleknya dan bercakap setiap hari dengan pokok di taman ini.

    “Ketika Aidilfitri lalu, hati tidak se-nang meninggalkan taman ini kerana takut ia mati. Saya bernasib baik kerana pemilihan pokok tahan lasak, memberi kebaikan iaitu pokok tidak mudah mati walaupun ditinggal agak lama,” katanya.

    PEMILIHAN pokok yang
    sesuai redupkan
    suasana.


    Beliau berkata, jika orang lain lebih senang mengupah pakar landskap, berbeza baginya kerana membina taman sendiri lebih memberikan kepuasan dan menentukan kreativiti pemilik kediaman itu.

    “Pada awalnya, tidak seorang pun ahli keluarga saya faham mengapa perlu bersusah payah mengusahakan sendiri taman ini. Bagi mereka bukankah lebih mudah jika mengupah kontraktor, tetapi kenikmatan memiliki taman lebih terasa kepuasannya jika tercipta hasil titik peluh sendiri.

    “Kita akan menghargai taman ini seumpama harta paling berharga. Bagi saya, taman ini umpama teman setia sejati sepanjang masa. Tidak pernah sekalipun taman ini mengecewakan saya,” katanya.

    Bagi mengelakkan kebosanan dengan taman yang terlalu ringkas itu, katanya, cadangan anaknya supaya membina pergola dipersetujui supaya lebih banyak pokok dapat diletakkan pada taman berkenaan.

    “Pada pergola ini, saya letakkan pokok gantung tetapi tidak keterlaluan kerana tidak mahu suasana berserabut dan menyakitkan mata. Bagi saya, cukuplah sekadar sedap mata memandang.

    “Kebanyakan pokok di taman ini ditanam dalam pasu bagi memudah-kan mengalihkan kedudukannya jika sudah bosan dengan gaya lama. Ia satu kelebihan kerana kita boleh mencuba pelbagai gaya walaupun keluasan terhad. Jadi, tidaklah bosan,” katanya.

    Maimunah berkata, walaupun kawasan kecil, elemen air dalam sebuah taman tidak boleh dipinggirkan kerana ia terapi semula jadi yang paling baik bagi minda, sekali gus mengusir keresahan dan tekanan sepanjang hari.

    “Saya meletakkan kerusi panjang di depan kolam air ini supaya, sesiapa saja yang bertandang ke sini boleh menikmati keindahan taman ringkas ini sambil mendengar deruan air mendamaikan,” katanya.

    Landscape -‘Bahan dapur’ cantikkan halaman jadi sumber makanan


    MEMILIH tanaman untuk landskap kadang kala menimbulkan masalah kerana ramai yang tidak tahu dan keliru kesesuaian jenis pokok dengan tanah. Ada juga yang tidak kisah membelanjakan duit membeli beraneka jenis tumbuhan untuk menghiasi halaman rumah mereka.

    Selain tanaman hiasan, sebenarnya anda boleh menghiasi halaman dengan tumbuhan yang boleh dimakan. Jika orang lain memilih tumbuhan berbunga, tiada salahnya anda menimbulkan kelainan dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan ‘bahan dapur’.

    Tanaman itu bukan saja menyuburkan tanah, mencantikkan halaman, malah boleh dijadikan sumber makanan. Konsep menanam tumbuhan boleh makan dipanggil hiasan landskap boleh makan.

    Memanfaatkan ruang di belakang dapur dengan menanam sayur-sayuran memang usaha yang sangat baik. Tumbuhan seperti serai dan pandan sering menjadi pilihan kerana ia lasak serta mudah ditanam.

    Ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang mudah ditanam. Malah, setiap jenis tumbuhan sayuran dan ulaman itu mempunyai khasiat tersendiri. Tidak perlu kawasan luas untuk menanam tumbuhan terbabit malah saiz kawasan kecil juga boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

    Misalnya, jika memilih untuk menanam cekur manis dan ulam raja, kedua-dua jenis tumbuhan itu boleh dijadikan pohon pagar yang menarik. Pokok ubi kayu juga pilihan sesuai untuk ditanam sebagai tanaman pagar.

    Di samping itu, ada beberapa jenis sayur-sayuran memanjat atau melilit yang sesuai ditanam pada sisi pagar misalnya pokok kacang panjang, kelisa dan peria.

    Jika mencari tanaman yang boleh dijadikan hiasan tutup bumi pula, anda boleh memilih untuk menanam pegaga atau nama saintifiknya `centella asiatica'. Bagi mereka yang mahu menanam pegaga dalam takungan, boleh memilih pegaga air.

    Sementara itu, pokok kayu manis pula sesuai untuk dijadikan tanaman teduhan, manakala lebih banyak spesies boleh dijadikan tanaman hiasan. Antaranya, pandan atau nama saintifiknya ‘pandanus odorus’, daun kari, lengkuas, kunyit, limau kasturi dan pelbagai lagi.

    Pokok cili juga boleh dijadikan tanaman hiasan, sama ada cili biasa atau cili padi yang juga boleh ditanam pada pasu. Untuk menghasilkan landskap yang menarik, pokok terbabit perlu dijaga dengan baik.

    Landscape -Kehijauan deruan air reda tekanan


    Mustafa Shaharin ruang sedia ada bina taman idaman keluarga untuk dijadikan tempat beriadah


    MENDUDUKI kediaman lot tepi dengan halaman luas berbanding kediaman lain adalah satu kelebihan kepada pemilik rumah kerana mereka boleh memanfaatkan ruang untuk membina taman idaman tanpa gusar ruang terhad.

    Tidak ketinggalan, pemilik rumah minggu ini, Mustafa Shaharin, 49, yang ternyata berjaya menggunakan ruang sedia ada dengan membina taman idaman sekeluarga untuk dijadikan tempat beriadah setiap kali mempunyai masa terluang.

    Penataan ringkas dengan penyelenggaraan mudah kini menjadi kriteria utama membina taman kecil di kediaman terutama di bandar kerana kesibukan penghuninya bekerja dan mempunyai masa agak terhad untuk penjagaan.


    Tiada konsep tertentu apabila membina taman ini kerana paling penting ialah selesa dan penjagaan mudah tetapi masih mengekalkan identiti Melayu tradisional berikutan pemiliknya amat menggemari ukiran kayu pelbagai motif.

    Pembinaan wakaf yang sarat dengan ukiran kayu bermotifkan tradisional sudah cukup menjadikan taman ini menarik. Ditambah pula dengan pemilihan tumbuhan ringkas, ternyata ia mendamaikan sesiapa saja yang berada di situ.

    Kebanyakan pokok dibonsaikan menepati kehendak dan pokok renek yang kurang memerlukan pancaran matahari serta mudah penjagaannya tidak ketinggalan menghiasi taman berkenaan bagi memastikan nampak lebih sempurna.

    Bagi menambahkan keceriaan, beliau berkata, kontraktor mencadangkan supaya meletakkan air pancuran tambahan berbentuk buluh yang sinonim dengan pokok jenis bonsai. Kolam pula diletakkan ikan yang pastinya membuatkan kita terleka melihatnya.

    “Penggunaan batu sungai atau pebble stone di tepi pokok, mengurangkan kos perbelanjaan bahan penataan taman, malah ia cukup sesuai dengan konsep yang diimpikan kami iaitu inginkan taman ringkas,” katanya.

    Beliau berkata, alternatif bagi meminimumkan penyelenggaraan di taman, laluan pemijak kaki adalah cara paling sesuai kerana tidak perlu lagi bersusah payah menjaga rumput hiasan yang agak mahal harganya terutama ketika pembersihan dilakukan.

    Selain membina taman di tepi kediaman, Mustafa berkata, mereka turut membina kolam dan air terjun buatan di depan pintu masuk bagi menyederhanakan suhu sekeliling dan deruan air menjadi santapan telinga sekeluarga.

    “Saya tidak menetapkan konsep ketika bercadang membina taman. Selepas perbincangan bersama isteri, kami sepakat membuatnya mengikut kehendak sendiri dengan bantuan kontraktor mahir, asalkan menyenangkan kami.

    “Bagi pemilihan pokok pula, saya lebih menyukai pokok berdaun kerana ia tahan lama dan lasak. Lagipun, penjagaannya tidak sesukar pokok berbunga. Paling penting taman ini ialah ia senang diurus tetapi pada masa sama mendamaikan,” katanya.

    Pada masa ini, beliau berkata, membina taman pada setiap kediaman sangat digalakkan kerana dengan kehijauan dan deruan air, mampu membuatkan sesiapa yang berada dalam tekanan mampu meredakannya tanpa perlu pergi jauh. Ketenangan di depan mata.

    Landscape -Peraturan asas bina taman idaman

    TAMAN yang indah tampil dalam pelbagai bentuk dan saiz serta mempunyai personaliti tersendiri.

    Menilai sebuah taman seperti menilai hasil seni tinggi. Bagi membantu mewujudkan taman impian, diberikan beberapa panduan asas:

    Keluasan

  • Ia adalah asas penting bagi pembentukan sebuah taman. Warna dan tekstur akan datang dan pergi mengikut musim tetapi apabila menentukan keluasan dan mula membentuk taman, ia tidak mudah untuk diubah lagi.

  • Sentiasa perhatikan ruang dan persekitaran kediaman serta kawasan taman berdekatan untuk dijadikan panduan.

    Sebuah taman herba sangat ideal bagi kediaman kecil tetapi pastinya janggal bagi sebuah rumah teres yang mempunyai kawasan sangat luas.

    Tekstur

  • Ia memberi bentuk dan kesan mendalam bagi sebuah taman. Tanaman berdaun yang bertekstur halus seperti paku-pakis atau ati-ati pastinya menggamit tetamu untuk mendekatinya.

  • Bagi menghidupkan kombinasi di taman, tanaman berdaun runcing dan rumput hiasan adalah cara terbaik tetapi jika terlalu banyak pokok yang mempunyai tekstur sama, ia pasti membosankan.

    Kesan bunyi

  • Kesan bunyi di taman antara elemen penting yang sering diabaikan. Jika ia dimasukkan dalam taman, hasilnya pasti memuaskan.

  • Fikirkan apa yang lebih praktikal sama ada menanam tumbuhan renek merimbun atau membuat binaan air terjun sebagai terapi tetapi keselamatan jangan diabaikan.

    Struktur

  • Ia bukan melambangkan binaan atau hiasan saja tetapi secara keseluruhan merangkumi laluan, dinding, pokok besar, atau elemen lain yang membentuk taman.

  • Struktur ini menentukan keluasan taman dan bertindak sebagai penanda arah kawasan persekitaran .

  • Struktur boleh juga dikategorikan sebagai hiasan pengindahan taman seperti pergola, bangku dan patung.

    ragam penyusunan ini menentukan suasana taman sama ada penuh dengan kedamaian atau tidak.

    Warna

  • Faktor ini juga penting bagi mewujudkan sebuah taman yang tidak hambar.

    Lakukan sedikit eksperimen bagi menentukan apa disukai. Mungkin boleh mencuba pelbagai warna di kawasan berlainan.

  • Fikirkan juga aspek warna pada daun, batang pokok, dan buah-buahan yang tidak bermusim selain warna pada hiasan taman.

    Pencahayaan

  • Boleh dihasilkan secara semula jadi atau buatan. Perhatikan pergerakan cahaya matahari. Kedudukan tanaman, struktur dan lampu mempengaruhi pembentukan sebuah taman itu. Anda mungkin berasakan tidak perlu untuk menyediakan lampu taman, kerana jarang ke situ pada waktu malam tetapi sebenarnya jika mempunyai cahaya di situ ia pastinya menarik untuk mendapatkan ketenangan.

  • Cuba praktikkan penggunaan sumber cahaya dengan sepenuhnya seperti lilin, unggun api, lampu taman, atau cahaya semula jadi seperti matahari dan bulan.
  • Landscape - Anjung Balai hasil adaptasi landskap Bali



    PERABOT diimpot dari Bali menghiasi Anjung Balai.

    Ferri Anugerah Makmur habiskan RM40,000 bina taman air

    KEHIDUPAN masyarakat Bali, Indonesia, mencetuskan idea kepada pemilik banglo, Ferri Anugerah Makmur, 44, untuk diadaptasi di halaman kediamannya di Taman Sri Watan, Ampang.

    PINTU menuju ke Anjung Balai
    dibina seperti konsep
    Bali di Indonesia.


    Melalui pengamatan dan pengalaman sepanjang berada di sana, impian mewujudkan taman Bali di depan mata menjadi realiti. Anjung Balai diberi nama dan tetamu yang berada di situ, berasa seperti di Bali kerana selain disajikan deruan air, turut dialunkan lagu tradisional negara itu.

    Ternyata, taman itu menggambarkan pemiliknya yang amat suka melihat kehidupan masyarakat Bali, yang baginya mengikut ritual dan adat resam dengan landskap menjadi sebahagian corak hidup mereka. Landskap seperti perkara wajib yang perlu ada bagi setiap kediaman.

    “Selepas beberapa kali berkunjung ke Bali dan menemui sahabat karib saya Agung Rai, banyak perkara dipelajari dan minat saya terhadap landskap Bali semakin bercambah. Bagi saya, jika seseorang itu meminati landskap taman air Bali, dia perlu menjiwai kehidupan masyarakat Bali terlebih dulu,” katanya.

    Ketika melewati deretan kediaman di lorong berkenaan, dari jauh kelihatan pintu gerbang yang ditempah khas dari Bali, simbolik konsep mesra tetamu yang diamalkan penghuni kediaman itu. Ia bukan hanya setakat tempat tinggal tetapi juga galeri dan pejabat baginya.

    Laman kediaman itu dihiasi material kayu sentuhan berukir, pepohon hijau, pasu hiasan dan tempayan berisi air dipenuhi kiambang serta ikan bagai menggambarkan kehidupan masyarakat Bali yang tidak boleh dipisahkan dengan elemen air dalam pembentukan taman.

    Desiran air terjun daripada batu-bata Bali mengalir ke sungai yang direka khas benar-benar menampakkan kehidupan masyarakat Bali. Ia direka sendiri dengan bantuan tiga seniman dari Indonesia yang juga rakannya.

    “Semua bahan pembinaan termasuk batu-bata dan kayu berasal dari Bali.

    Saya menghabiskan perbelanjaan hampir RM40,000 bagi memastikan cita-cita membina taman air Bali tercapai dan siap sepenuhnya pada tahun 2000.

    “Apabila saya berada di Bali, saya dapati penduduknya membiarkan pokok tumbuh bebas dan merimbun tetapi teratur dan saya cuba menerapkan konsep ini dengan menghimpunkan pelbagai jenis pokok dalam satu kawasan.

    “Jika disusun rapi tidak nampak asli dan apabila dibenarkan tumbuh bercampur ia mewujudkan suasana alam semula jadi,” katanya yang masih lagi menjalankan kajian mengenai taman Bali.

    Sepanjang laluan menuju ke Anjung Balai di belakang rumah, Ferri menanam pokok pisang dari spesies Musa spp yang dibawa benihnya dari Indonesia dan disulam dengan pokok keladi gajah serta beberapa tumbuhan hiasan tropika lain di samping beberapa tempayan dipenuhi pokok teratai, kiambang, rumput cyperus dan pegaga.

    “Saya memilih pokok pisang jenis ini kerana ia tidak berbuah sebaliknya mengeluarkan jantung berwarna ungu dan merah jambu yang nampak cantik, selain tidak besar dan tidak merosakkan rumah,” katanya.

    Beliau berkata, memperuntukkan duit lebih bagi membina sebuah taman tidak boleh dikatakan sebagai pembaziran kerana paling penting ia memberikan kepuasan dan boleh berfungsi kepada pemiliknya.

    “Bagi saya, tidak guna dibina taman besar tetapi tidak mendamaikan hati.

    Fungsi taman ialah untuk memberi ketenangan tanpa perlu pergi jauh,” katanya.

    Landscape -Mekar petunia satu keajaiban


    KEBANYAKAN pemilik kediaman yang mempunyai halaman terhad tidak akan melepaskan peluang menanam bunga petunia sebagai koleksi bunga hiasan.

    Amat sukar menafikan kehebatan kuntuman mekar petunia pelbagai warna kerana ia menyuntik semangat taman sama ditanam dalam pasu, pasu gantung atau batas, pastinya tidak akan menghampakan.

    Bunga petunia yang seakan-akan trumpet ini berasal dari Amerika Selatan. Petun bermaksud tembakau dan petunia itu sendiri bersifat seperti tembakau juga kerana daunnya memberi kesan narkotin kepada manusia.

    Ada 35 spesies asal petunia dan kini kebanyakannya dikacukkan bagi menghasilkan petunia yang lebih menarik dan lasak.

    Petunia tumbuh dalam kelompok atau gugusan pokok yang padat dan berjuntaian kesan batang yang sederhana lembut. Ia mampu tumbuh tinggi antara 0.3 meter dengan daun-daun hijau muda berbentuk bujur dan kecil berbulu halus.

    Kelopak petunia hadir dalam satu atau dua warna berjalur dengan warna kontra. Sebahagiannya mengeluarkan bau harum lembut.

    Petunia sangat sukakan matahari namun, keadaan cuaca tropika yang menerima pancaran terik sebaiknya ditempatkan pada tempat teduh seperti balkoni atau memerlukan meletakkan jaring halus hitam sebagai kanopi.

    Ia memerlukan perlindungan seperti ini kerana tanah campuran yang digunakan sebagai medium tanaman akan cepat kering dan mengakibatkan bunga cepat layu dan mati.

    Medium tanaman bunga ini ialah ia tumbuh subur dalam tanah bersaliran baik dengan kadar atau nisbah campuran 3:2:1 iaitu tanah peroi: tanah gambut: pasir.

    Dalam keadaan panas, siram petunia sekerap dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Ketika musim hujan pula, siram sekadar yang perlu saja.

    Membaja sangat penting bagi petunia terutama sekali ketika proses pertumbuhan menjadi pokok dewasa. Jika menggunakan baja jenis biji, tabur dalam jarak yang agak jauh daripada batangnya dan tangkainya kerana ia mudah melecur. Gunakan baja biji merah untuk pertumbuhan bunga yang banyak.

    Landscape -Bali kontemporari pilihan Aishah



    Pokok menghijau menghiasi taman, ruang banglo hasilkan udara segar, nyaman

    SETIAP inci tanah rumah banglo di Desa Subang Permai ini yang menjadi kediaman pasangan Wan Chik Khalid dan Aishah Hassim, dimanfaatkan dengan bijak sehingga terhasil sebuah taman cukup indah dan mendamaikan.

    Lebih menarik, pembentukan taman dan urusan penyelenggaraan dilakukan sendiri tanpa bantuan pakar tetapi hasilnya tidak mengecewakan, malah ia setanding dengan taman yang dibina seperti kediaman lain di sekitarnya.

    Tanpa bantuan perunding landskap atau mendapat pendidikan formal, sebuah taman berkonsepkan Bali kontemporari menjadi realiti dengan hanya menjadikan majalah dan pengalaman melancong sebagai sumber ilham.

    Aishah berkata, berkat sokongan dan bantuan sepenuhnya yang diberikan suami, pembinaan taman dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah memandangkan gandingan dua tenaga memudahkan lagi kerja pembentukan taman dilakukan.

    "Sebenarnya, pada permulaan pembinaan saya tidak menetapkan sebarang konsep kerana bagi saya biar ringkas tetapi mendamaikan sudah mencukupi. Hasil pembacaan dan pemerhatian, saya dapati konsep Bali kontemporari mudah.

    "Justeru, saya berbincang dengan suami dan kami bersepakat mewujudkan taman berkonsepkan Bali tetapi disesuaikan dengan keluasan halaman kami yang agak terhad dan senang kerja penyelenggaraannya," katanya.

    Beliau berkata, kebanyakan pokok di tamannya ditanam dalam pasu bagi memudahkan untuk mengalihkan kedudukan jika berasa bosan dengan kedudukan sama. Lagipun, pokok berpasu lebih mudah dijaga.

    Selain itu, katanya, pemilihan pokok berdaun dan mengurangkan penanaman pokok berbunga menjadikan kerja penyelenggaraan taman tidak sesukar mana, jika ia hanya perlu dilakukan seorang diri .

    "Setiap hari, saya menghabiskan masa beberapa jam di taman untuk menyiram pokok dan pada waktu lain pula membersihkan, membuang daun kering, menanam atau mengubah kedudukan pasu dan tumbuh-tumbuhan.

    "Sejak kecil saya seronok berdampingan dengan pokok dan bunga. Perkara pertama yang saya lakukan sebaik bangun tidur ialah buka tingkap dan jenguk ke luar tengok pokok sambil hirup udara segar," katanya.

    Beliau yang lazimnya membeli benih dan pokok bunga di Sungai Buloh atau pusat semaian di beberapa tempat berdekatan, sering menghabiskan waktu senggang dengan menyelenggara taman tanpa kenal erti penat atau bosan.

    "Selain itu, banyak juga pokok yang saya bawa dari rumah lama untuk memenuhkan taman di sini. Jika masih elok dan sesuai tidak ada salahnya. Lagipun kebanyakan pokok adalah jenis berdaun yang tahan lama dan lasak," katanya

    Aishah berkata, tamannya sering menjadi pilihan tetamu dan saudara mara untuk bersantai apabila berkunjung ke rumahnya, Malah, ada yang mahu menikmati juadah di taman sambil menikmati suasana segar tanpa perlu pergi jauh.

    "Ada juga rakan dan saudara mara mahu saya membina taman seperti ini di rumah mereka. Saya gembira dan berasakan ia adalah satu penghargaan kerana orang lain menghargai semua titik peluh selama ini," katanya.

    Landscape -Laman sebagai terapi ketenangan


    LAMAN di kawasan kediaman seharusnya menjadi kawasan terapi dan pemulihan yang terbaik bagi setiap pemilik kediaman. Oleh itu, pembentukan ruang harus diberi perhatian teliti kerana ia sangat mempengaruhi penggunanya.

    Mereka bentuk ruang terapi memerlukan sensitiviti pereka terhadap keperluan pengguna. Ruang berkenaan seharusnya mampu memberikan ketenangan kepada mereka yang inginkan ketenangan.

    Bagi mewujudkan laman yang boleh digunakan untuk bermeditasi ataupun melupakan tekanan untuk mereka yang menghabiskan banyak masa di pejabat, satu ruang terlindung dan perabot taman bersesuaian boleh diwujudkan di sudut laman kediaman.

    Pembinaan ruang bertentangan sifat iaitu aktif dan pasif sangat sesuai bagi mereka yang menjalani program terapi fizikal. Tujuan memisahkan kedua-dua ruang berkenaan untuk memenuhi keperluan sangat perlu.

    Ruang di laman terapi juga harus berdasarkan objektif pembentukan laman. Mewujudkan air pancutan atau tanaman menarik pelbagai warna adalah hadiah istimewa bagi mereka yang memerlukan terapi.

    Selain itu, mewujudkan ruang yang mempunyai persamaan dengan tempat lain pernah dilawati mampu merangsang minda kanak-kanak sekali gus meningkatkan keupayaan kemahiran mengingat mereka.

    Sentiasa pastikan kita memahami jenis ruang yang mampu memberikan impak positif kerana ia akan membantu pembentukan laman terapi terutama kawasan kediaman di bandar besar.

    Apabila mereka bentuk ruang, jadikan ia sesuatu yang boleh diekplorasi dengan sedikit elemen misteri tetapi tidak keterlaluan kerana dikhuatiri menjadikan laman tidak mesra dan sukar difahami.

    Kesimpulannya, kaedah terbaik mereka bentuk ruang di laman terapi adalah memahami bagaimana seseorang itu akan bergerak dari satu ruang ke ruang lain dan berupaya menjadi terapi bagi mental dan fizikal setiap penggunanya.

    Landscape -Tembok pagar sedondon



    Lumrah kediaman besar guna konkrit, besi sebagai asas sempadan untuk kukuh

    APABILA menyebut pagar dan sempadan pemisah, masyarakat kini begitu menggilai rekaan pagar pelbagai material semata-mata untuk menjadikan kediaman terserlah sekali gus mencuri perhatian orang lalu-lalang.


    Pagar dan tembok sekeliling bukan saja berfungsi sebagai pelindung dan pemisah daripada kawasan sekitar serta pandangan terus dari luar tetapi juga elemen penting dalam pembinaan sesebuah kediaman terutama yang mempunyai taman.

    Andai kata diberi pilihan mewujudkan garis pemisah dengan kediaman jiran atau jalan utama, apakah struktur yang menjadi pilihan? Pokok pagaran dilatari tumbuhan memanjat, jeriji besi dengan pelbagai rekaan bentuk atau konkrit dengan kemasan terpilih sering menjadi pilihan.

    Bagaimanapun, terpulang kepada pemilik yang penting ia mempunyai fungsi utama iaitu melindungi kediaman. Hakikatnya, menentukan pagar dan sempadan hiasan bukanlah sesuatu yang sukar asalkan faham konsepnya.

    Pemilik Hosenta Trading, Hussein Taha, berkata, pagar adalah kesinambungan terhadap rekaan kediaman. Justeru, penting untuk kita mengetahui rekaan kediaman dan taman kerana ia dilihat sebagai objek seni yang indah dan sewajarnya dibina dengan lengkap.

    "Sebelum membina pagar dan sempadan apa yang perlu diketahui ialah konsep taman dan kediaman yang bakal diwujudkan, selepas itu idea membina sempadan berkenaan akan menyusul dengan mudah.

    "Terdapat dua jenis sempadan hiasan ini sama ada sempadan semula jadi atau buatan manusia tetapi perlu diingatkan apa juga material utama membuat pagar, tembok yang menjadi struktur penyokong sekeliling harus tampil sedondon," katanya.

    Beliau berkata, kebanyakan pemilik kediaman tidak dapat memperuntukkan masa terlalu lama untuk menjaga keadaan taman supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna. Jadi, sempadan hiasan buatan manusia lebih praktikal.

    "Pagar dan sempadan ciptaan manusia lebih mudah diselenggarakan dan dijaga terutama bagi pemilik kediaman di bandar kerana kekangan masa serta aspek keselamatan yang perlu difikirkan.

    "Memang lumrah bagi kediaman besar menggunakan gandingan tembok konkrit dan juga besi sebagai asas sempadan hiasan dengan alasan lebih kukuh dan kemas. Bagaimanapun, untuk mengelakkan latar taman nampak kaku, menanam beberapa pokok renek adalah langkah terbaik.

    "Pokok renek yang berpotensi untuk tumbuh sehingga tiga meter boleh dipertimbangkan tetapi penting mengenal pasti visual yang bakal diperoleh apabila ia membesar setahun atau dua tahun akan datang.

    "Untuk penataan latar taman yang lebih menarik, tambahan plak simen berukir dengan motif flora atau geometri amat sesuai bagi taman berkonsepkan Bali atau tropika kontemporari. Lubang kecil membolehkan arah aliran angin tidak terhalang tetapi pada masa sama menapis angin yang banyak ke taman.

    "Bagi pemandangan yang agak menarik tetapi mudah dijaga ialah dengan memilih tembok daripada batu hiasan seperti kepingan konkrit simen yang boleh digunakan sebagai alternatif pokok pagaran," katanya.

    INFO
    Fungsi pagar dan sempadan


  • Melindungi kediaman daripada pandangan luar dan menghalang binatang seperti anjing masuk ke halaman.

  • Memberi privasi antara pemilik dan orang luar serta langkah awal keselamatan.

  • Menapis kemasukan angin ke taman dan menghalang tiupan angin kuat

  • Menjadi titik tumpuan taman kesan reka bentuk pangkasan pokok pagaran dan bentuk kemasan dinding konkrit yang menarik.

  • Berfungsi melindungi pokok renek atau tumbuhan tutup bumi.
  • Landscape -Laluan taman serlah keindahan

    Oleh Norakmah Mat Youb

    LALUAN pejalan kaki yang dibina di setiap laman bukan sekadar keperluan untuk berjalan melintasi ruang dalam taman itu tetapi sebenarnya berperanan penting menaikkan mood seseorang selain memberi impak rupa taman berkenaan.

    KOMBINASI laluan pejalan kaki berkonsep suasana di taman.

    Bagaimanapun, sebelum membinanya, pemilik kediaman perlu memikirkan lebih mendalam reka bentuk dan arah laluan itu supaya berupaya memberi manfaat serta kesan positif terhadap keindahan laman yang pastinya menenangkan jiwa.



    Arkitek Landskap, Norhaliza Hanifah, berkata, laluan pejalan kaki dalam laman harus praktikal dan selesa walaupun laluan berkenaan pendek, manakala laluan lurus serta kecil di tepi atau belakang rumah pula perlu sesuai dengan kegunaannya.

    KAYU terbuang juga
    kelihatan unik dijadikan
    laluan pejalan kaki
    di taman.

    “Jika laluan dibina di taman untuk bersiar-siar, ia harus dibina secara landai, sedikit beralun dan agak bengkang-bengkok supaya pemilik dapat menikmati keindahan alam semula jadi di taman dengan lebih dekat lagi.

    “Mengikut prinsip rekaan taman, jika laman direka bentuk dengan elemen dan fesyen geometri, laluan pejalan kaki sebaiknya lurus serta bersesuaian dengan bentuk laman. Ketika proses membinanya, pastikan pembentukan dasarnya dilakukan dengan baik.

    “Ini untuk memastikan ia panjang hayatnya dan hasilnya sentiasa cantik. Jika asas pembinaan laluan tidak kukuh, mudah berlaku keretakan pada laluan, hilang seri dan kurang nilai pada landskap berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata, pelbagai bahan boleh digunakan untuk dijadikan sebagai laluan sama ada untuk laluan kekal atau sementara yang boleh diubah pada bila-bila masa mengikut cita rasa pemilik kediaman dengan harga berpatutan.

    “Laluan boleh dibina sama ada menggunakan kayu, konkrit, batu pebbles, batu-bata, pasir, jubin dan bahan lain secara bersendirian atau gabungan beberapa bahan. Rupa laluan itu pula bergantung kepada jenis material digunakan,” katanya.

    Norhaliza berkata, membina laluan dalam taman memerlukan kemahiran kerana laluan kekal memerlukan asas yang baik dan sempurna. Langkah terbaik ialah mendapatkan khidmat kontraktor supaya hasilnya memuaskan hati.



    Beliau berkata, laluan kekal berbeza dengan laluan mudah alih yang lebih ringan untuk dibina sendiri terutama laluan menggunakan bahan siap dari kedai seperti kayu ‘railway sleepers’, kepingan slab konkrit dan batu-bata.

    “Paling penting, material kukuh, rata dan mudah untuk air mengalir. Pastikan satu lapisan pasir setebal 25 milimeter dibina sebagai laluan aliran air di bawah laluan berturap supaya kawasan sekitar laluan tidak ditakungi air.

    “Seelok-eloknya lebar laluan pula dibina untuk dua orang bagi memudahkan berjalan apabila berlaku pertembungan di laluan sama. Jika bercadang menaikkan seri pada laluan berkenaan pula, boleh juga ditanam pokok bersesuaian,” katanya.

    INFO: Tips membina laluan

    # Kayu mudah reput jika selalu ditakungi air. Sentiasa pastikan air dialirkan jauh darinya supaya memanjangkan usia kayu itu.

    # Laluan diperbuat daripada batu bata boleh diperoleh daripada runtuhan bangunan. Selain menjimatkan wang ia kelihatan unik.

    # Batu-bata boleh disusun tegak atau rata. Gunakan batu yang sama digunakan pada dinding rumah supaya jelas kelihatan rupanya.

    # Cuci segala lumut yang ada pada laluan menggunakan air panas bersabun dan diberus.

    # Jangan menanam pokok yang mampu mengangkat atau mencungkil bahan laluan keluar dari tempatnya.

    Landscape -Batu hiasan landskap semula jadi


    BATU, elemen semula jadi yang wujud sejak dulu tidak dinafikan berperanan besar dalam kehidupan. Kini, penggunaan batu semakin meluas dan menjadi elemen hiasan penyeri taman serta landskap buatan.

    Sama ada konsep Jepun atau Zen, Bali, Tropika, moden dan juga kontemporari, batu menjadi penting pelengkap kepada konsep berkenaan. Menghiasi taman menggunakan batu sudah menjadi sebagai satu ikutan masyarakat bandar.

    Selain berupaya menjadikan taman cantik, batu juga adalah bahan yang tahan lama, kuat, senang diselenggarakan dan tampak lebih semula jadi. Justeru, tidak hairan jika ia penting dalam seni taman.

    Batu boleh dijadikan pelbagai fungsi dalam menghias taman, selain menjadi penyudah dalam gubahan taman untuk kelihatan lebih semula jadi dan bersahaja, batu juga boleh disusun untuk membina kolam serta air terjun.

    Selain itu, batu yang diletakkan dalam kolam pula boleh menyejukkan air sekali gus menenangkan mata memandang. Terdapat pelbagai saiz batu boleh digunakan, bergantung saiz taman yang ingin dicipta pemiliknya.

    Ada pelbagai jenis batu sungai semula jadi, buatan daripada simen ferro atau batu yang berasal dari gunung berapi boleh digunakan untuk taman. Namun, ada juga batu boleh diperoleh secara percuma di sekitar rumah.

    Terdapat juga bahan ornamen atau hiasan taman yang diukir daripada batu untuk menyerikan taman seperti set kerusi taman, pasu atau bekas tanaman, ukiran atau arca batu dan tidak ketinggalan juga jubin hiasan dinding kolam serta kediaman.

    Batu dengan sifatnya yang kuat, teguh, serta tahan lama akan terus kekal popular sebagai elemen hiasan taman sejak dulu hingga sekarang dan pada masa akan datang.

    Bagi mendapatkan idea mengenai kaedah hiasan taman, boleh berkunjung ke pusat tanaman yang menyediakan contoh taman dengan elemen batu untuk diaplikasikan sendiri di rumah atau mengupah pakar melakukannya.

    Landscape -Kecil Tetap Menawan

    Oleh Norakmah Mat Youb




    KECIL, sempit tetapi menarik. Menghias laman yang mempunyai kawasan terhad ternyata memberi cabaran besar kerana ia tidak semudah disangkakan, lebih-lebih lagi jika sebahagian besar laman dipasang jubin.

    Tanpa peruntukan terlalu besar, sedikit kemahiran dan minat, pastinya taman kecil dapat direalisasikan di laman rumah walaupun hanya sebuah taman ringkas. Paling penting ia berupaya menjadi tempat menenangkan seisi keluarga.

    Pemilik, Marina Saidin, 40, berkata, konsep tropika menjadi pilihan berikutan keluasan tanah terhad dan tumbuhan jenis berkenaan amat sesuai dengan cuaca di negara ini selain tahan lama serta mudah dijaga berbanding lain.



    “Taman ini tidaklah cantik dan besar seperti rumah lain, tetapi sekurang-kurang ia mampu membuatkan kami sekeluarga berkumpul dan menyemai kasih sayang terhadap alam semula jadi. Taman ini menjadi pengerat ikatan.

    “Setiap kali mempunyai masa terluang, kami pasti berkumpul menyelenggara dan membuang daun mati. Disebabkan masih baru kira-kira empat bulan, penyelenggaraannya bukan masalah besar selain pembesaran masih terkawal,” katanya.

    Beliau berkata, jika pemilik kediaman lain lebih suka menanam tumbuhan besar sehingga menghalang pandangan luar, tetapi tidak baginya kerana lebih suka dengan konsep terbuka, membenarkan udara masuk ke dalam rumah.

    “Dalam konsep tropika, jenis tumbuhan digunakan tidak terlalu besar dan berdaun, sesuai bagi pemilik yang mempunyai masa terhad. Walaupun saya tidak bekerja, tetapi saya kerap berada di luar seperti orang bekerja.

    “Untuk menampakkan kesinambungan antara luar dan dalam, saya membina tingkap berkonsep terbuka supaya tampak cantik sekali gus mendamaikan sesiapa saja. Konsep ini membenarkan mereka duduk di mana saja,” katanya.

    Beliau berkata, pada mulanya, mereka bercadang membuat air terjun di sudut laman, tetapi disebabkan kawasan kecil, jadi hasrat itu terpaksa dipendamkan dulu. Jika bosan dan inginkan pembaharuan, akan difikirkan cara lain.

    “Bagi membolehkan kami sekeluarga menikmati pemandangan taman pada waktu malam pula, lampu taman dengan reka bentuk ringkas dipasang bersebelahan pokok. Boleh dikatakan setiap hari saya akan bercakap dengan pokok apabila ada masa terluang,” katanya.

    Walaupun, hanya mempunyai tanah kira-kira setengah meter, ia dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan pemilihan pokok tidak terlalu besar sehingga merosakkan jubin yang dipasang sepanjang laluan tepi kediaman.

    “Hampir semua pokok ini saya tanam sendiri yang kebanyakan dibeli di sekitar Sungai Buloh. Saya juga rajin membaca buku mengenai landskap dan bagaimana untuk mengelakkan pokok daripada dihinggap penyakit.

    “Bagi saya, membina taman hasil usaha sendiri lebih bermakna. Biarlah orang lain berbangga dengan taman besar tetapi saya senang dan bangga dengan taman ini,” katanya.

    Search This Blog

    Loading...